Every purchase of RM80 and above, get FREE POSTAGE (West Malaysia Only)
Cart 0

Warna Meningkatkan Keyakinan Diri | Psikologi Warna

Secara asasnya warna mampu menjadi penentu atau pendorong terhadap tingkah laku dan emosi seseorang. Sehubungan itu, pemilihan warna dalam pakaian seharian adalah penting bagi membolehkan kita menjalani kehidupan seharian dengan lancar.

Warna HITAM

Hitam umumnya dikaitkan dengan warna yang mampu menyerlahkan keanggunan si pemakai selain daripada melambangkan formaliti seseorang individu. Selain itu, hitam juga melambangkan elegant, ketegasan dan penuh misteri.

Dalam bidang fesyen pula, hitam sering menjadi pilihan dalam membantu si pemakai nampak langsing.

Kebanyakan kita sangat cenderung untuk memilih warna hitam disebabkan mudah untuk dipadankan dengan pelbagai warna lain. Oleh itu, anda boleh mendapatkan Tudung Pocket Raudhahsebagai pelengkap gaya anda.

tudung-labuh-umrah-black

Warna MERAH

Bagi warna merah pula kerap di kaitkan dengan semangat membara, kekuatan, bertenaga, keceriaan, penuh cinta dan keinginan.

Merah merangsang metabolisme, meningkatkan kadar respirasi dan meningkatkan tekanan darah. Merah dikaitkan dengan kebakaran dan darah yang menggambarkan bahaya, kemarahan dan kekerasan. Merah juga dikaitkan dengan hati , cinta dan keghairahan.

Untuk tampil elegant dan formal Ixara Instant merupakan pilihan yang tepat dengan details diamond yang tidak sarat.

instant-shawl-Burgandy.jpg

Warna OREN

Warna oren adalah gabungan daripada warna merah dan kuning yang menggambarkan sangat aktif dan bertenaga.

Warna oren menggalakkan kebahagiaan, mewakili sinaran matahari dan kreativiti. Oren juga melambangkan keseronokan, cita-cita, hasrat, kejayaan, matlamat, daya kekuatan, kehangatan, kemesraan dan mewakili belia.

tudung-labuh-umrah-chestnut

Warna BIRU

Warna biru dikaitkan dengan warna laut dan langit yang memberi ketenangan dan kebebasan. Biru dilambangkan sebagai perlindungan, ketenangan, keyakinan, keamanan, kesetiaan, kebenaran, kepintaran dan kerjasama.

Oleh itu, penggayaan yang tertumpu pada tona warna biru secara tidak langsung mampu untuk meningkatkan keyakinan dalam diri si pemakai.

instant-shawl-labuh-prusian-blue

Warna HIJAU

Hijau adalah satu warna alam semulajadi yang menenangkan dan melambangkan pertumbuhan, harapan baru dan kesegaran serta mudah terlihat di mata secara visual. Hijau juga melambangkan ketenteraman, kesuburan dan cemburu.

Hijau adalah tona yang menjadi simbol kepercayaan, kesetiaan, keadilan dan keyakinan. Dalam Psikologi warna, Hijau adalah salah satu medium yang mampu membantu seseorang menyeimbangkan emosi.

instant-shawl-midnight-green

Warna UNGU

Warna ungu melambangkan kuasa, inspirasi, pengaruh, kerohanian  kemasyuran, maruah dan pengetahuan yang tersembunyi.

Ungu dikategorikan warna yang ‘top’ kerana mampu menyerlahkan keterampilan anda sebagai seorang yang unik dan berseni.

tudung-labuh-umrah-haji




Older post Newer post